Sejarah Indonesia (1998-kini)

Era Reformasi atau era Pasca-Suharto di Indonesia bermula sewaktu pengunduran diri Presiden Suharto pada 1998. Sejak itu, Indonesia telah berada dalam masa peralihan, dan menjadi lebih terbuka dan liberal, baik dalam hal ehwal politik mahupun persekitaran sosial. Pemerintahannya dilanjutkan oleh Naib Presiden Republik Indonesia, B.J. Habibie.

Suharto berundur bagi mengelakkan perpecahan dan ketidakstabilan di Indonesia, kerana besarnya tekanan daripada rakyat Indonesia demi mengakhiri tiga dekad masa kekuasaan Order Baru yang dianggap autoritarian. Era Order Baru (1968 - 1998) ialah suatu rujukan kepada pemerintahan Suharto di Indonesia, yang menggantikan era Order Lama (1945-1965), yang merupakan masa pemerintahan Presiden Sukarno. Setakat masa itu, sudah seramai lima orang lagi yang menjadi Presiden Indonesia, iaitu B.J. Habibie, Abdurrahman Wahid, Megawati Soekarnoputri, Susilo Bambang Yudhoyono, dan Joko Widodo.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search